09 June 2010

abg abdul's cousin

hari ni tibe-tibe rase syahdu dan sendu. ntah la kenapa. tibe-tibe teringat kan bakal-bakal ibu, ibu-ibu baru, teringat kan baby-baby (patut tulis babies kan), teringat kan usia perkahwinan ku, teringat pasangan-pasangan lain yang dah berkawen tapi belom menjadi ibu. hmmm.


macam-macam bende ada dalam kepala ini. harus diluahkan agar tidak memudaratkan diri sendiri dan diri orang-orang di sekeliling.


last weekend, sayee dan abg abdul balik umah PIL. sbb ada kenduri kawan kitorang kat batu balai, jerantut. tahniah sarip dan shima. semoga rumahtangga korang bahagia dan aman selalu. semoga cepat-cepat timang cahaya mata.

photo source: kak linda's FB


masa g kenduri dorg, kami sempat menghadiri majlis ijab dan qabul kat masjid berdekatan. in fact, kami sampai lebey awal dari pengantin. abg abdul sungguh bersemangat nak bg semangat kat kawan baik dia tu.


sayee yg ketika itu sedang menstrual period tidak yakin untuk mejejakkan kaki ke dalam masjid. hanya duduk di tepi pintu sajee. tibe-tibe kena sound ngn seseorang, "eh dah lama kawen ni, dtg bulan lagi ke? bila nak dpt baby?" berdesing telinga sayee tau. sesobss. takpe lah, sayee maafkan kelantangan dia bersuara. kita kan dok kat msia ni seme orang ada hak bersuara. takpe, takpe.


bila pulang ke rumah, sayee dpt 2 berita tentang sepupu-sepupu abg abdul. satu good news, satu sad news. berita gembira; sepupu belah FIL. dah lama kawen tapi belom ada rezeki untuk menimang cahaya mata pengikat kaseh rumah tangga. dorang ada jaga sorang anak angkat. sayee kurang arif tentang kesah dia mengambil anak angkat tu. tup-tup dia mengandung, due date bulan 9 ni. anak angkat tu baru umur setahun lebey rasenye. rezeki Allah nak bg kan. syukur. tahniah kaklong..!!


berita sedey plak; sepupu belah MIL. baru kawen. kalau tak silap, tarikh dekat-dekat ngn tarikh kami bertunang. dia dah pregnant. rezeki Allah nak bg cepat kan. syukur. due date 3 mggu dari skang. tapi ada dugaan Allah nak uji pasangan ni plak. baby tu ditarik balik nyawa sebelom sempat bernafas di atas bumi Allah ni. Ya Allah, beratnya dugaanMu untuk pasangan tu. sayee jugak kurang arif tentang kesah baby mereka meninggal. katanya baby melintang/songsang.


hari ini, tibe-tibe sayee teringat kan kesah-kesah mereka. mmg sayee sedey sbb belom diberi peluang untuk hamil. tapi sayee redha. insyaAllah kalau diizinkan, masa itu pasti akan tiba. entah esok atau lusa, sayee hanya mampu berdoa dan berusaha.





No comments:

Post a Comment

LUAHKAN RASA ANDA DISINI

Related Posts with Thumbnails

ads