01 June 2010

amalan yang elok dilakukan

membaca ayat-ayat berikut adalah dinasihatkan bagi pasangan-pasangan yang inginkan zuriat.

Ayat 38, Surah Al-Imran

~ wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik. sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa.

Ayat 89, Surah Al-Anbiya

~ wahai Tuhanku, janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkau jugak yang sebaik-baik mewarisi.


selain itu, ada juga beberapa amalan yang elok untuk dilakukan supaya dipermudahkan mendapatkan zuriat, insyaAllah.

amalan 1 ~ selepas solat subuh.

baca bismillah 1x, selawat 3x, sujud dan baca kalimah syahadah 101x, sambil berdoa. ditutup dengan selawat 3x. amalkan 15hari. insyaAllah.

amalan 2 ~ untuk suami dan isteri.

suami membaca Ya Mutakabbir (Allah yang Maha Memiliki Keagungan) sebelum bersama.
isteri membaca Ya Awwal (yang tiada permulaan adaNya) 333x dan Ya Zaljalaali Wal Ikram 11x, ditiup dalam air dan diminum.
suami dan isteri membaca Surah Yusuf/ SUrah Maryam setiap hari.


~~sayee dapat dari email/blog, dan sayee titipkan disini untuk ingatan sayee dan semua pasangan yang inginkan zuriat. insyaAllah. segala-galanya datang dari Dia, kita hanya mampu berusaha dan berdoa. amin. :)



No comments:

Post a Comment

LUAHKAN RASA ANDA DISINI

Related Posts with Thumbnails

ads