27 June 2010

Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran yang ke-27...

15 Ramadhan, tepat jam 0720 waktu malaysia 27 tahun yang lepas, lahirlah puteri kedua untuk pasangan ini;


Ahmad Sabrey Idris dan Zainab Yusoff



Syukur, Alhamdulillah.


menurut sumber-sumber yang bole dipercayai, pada asalnya puteri kedua ini nak dilahirkan secara normal di rumah kediaman sahaja. dan berbekalkan bidan kampung sahaja. tetapi akibat daripada beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan, Zainab Yusoff dibawa ke HTAA untuk melahirkan. oleh kerana itu, menurut surat beranak, tempat lahir puteri kedua adalah di Hospital Besar Kuantan.

puteri kedua ini dinamakan Alifah binti Ahmad Sabrey. juga menurut sumber-sumber yang bole dipercayai, pada mulanya Ahmad Sabrey Idris ingin menamakan puteri kedua ini dengan nama Azlina, tetapi seorang ustazah memberi cadangan dan nasihat bahawa Alifah membawa makna yang lebih baik.



di kesempatan ini, sayee Alifah binti Ahmad Sabrey ingin melahirkan rasa terima kaseh yang tidak terhingga kepada Ahmad Sabrey Idris dan Zainab Yusoff kerana membesarkan dan mencurahkan kaseh sayang kepada sayee selama 27 tahun jangka hayat sayee. syukur yang tidak terhingga juga kepada Allah SWT kerana menganugerahkan seorang ayahanda dan seorang makbonda yang penyayang dan pengasih. panjangkan umur kedua ayahanda dan makbonda sayee supaya sempat sayee membalas jasa mereka berdua. Amin.





2 comments:

  1. hepi best-day angah...dpt hadiah best x dr hubby? ;)

    ReplyDelete
  2. hehehe.. tq mommy SN.. angah dpt adiah non stick frying pan yang diidam2kan masa kat langkawi arituh.. hehehe... pastu happy sbb dia maseh dpt jadi orang pertama wish lepas 720am... ;)

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA ANDA DISINI

Related Posts with Thumbnails

ads