01 July 2010

vacation~Day 1





akibat dari bercuti lama sangat, sayee jadi sungguh la sebok bila masuk opis semula. sampai dah nak basi citer ni baru sempat nak publish. huhuhu. wpun dah nak basi, kenangan cuti-cuti malaysia kali ni maseh kekal dlm ingatan ku dan abg abdul. ekekeke.

***

seawal 730 am kami keluar dari umah sepakat-membawa-berkat. tapi terpaksa ke IM dlu. abg abdul nak jumpa colleague dlu. serah tugas. then, singgah zaki nasi dagang dlu untuk bfast. akhirnya kul 9am baru masuk gambang toll plaza.


after 3hrs driving, kami sampai kat tol bidor. cepat sungguh perjalanan kalau ikut genting sempah-batang kali-kuala kubu baru tuh. dari kuantan ke bidor cuma 3jam ++. lepas kuar tol bidor, masing-masing dah penat dok dlm kete. kami berhenti kat stesen minyak, refresh ourselves dengan eskrem potong cap kacang merah dlu. sambung balik perjalanan dengan kadar rilek-rilek santai saje. sempat jugak benti kat sawah padi tepi jalan yang sangat cantik saujana mata memandang. chewaahhh.



kami tiba di Swiss-Court Holiday Apartment Damai Laut tepat jam 3pm. iye, mmg jauh perjalanan dari tol bidor ke lumut neh. almost 3hrs kalau memandu sambil bersantai. tempat ni pun tak susah sgt nak cari. signboard pon byk. masa check in, abg abdul ada tanya kat reception, dr jeti lumut ke pulau pangkor naik feri 30 minit je. terus bersemangat nak g ke pulau. dah dpt panggilan pulau neh. hehehe. kat bilik kami solat dan rehat jap, pastu kami keluar untuk mkn. lapar oh, lom mkn lunch.

lepas mengenyangkan perot, kami menuju ke Teluk Batik. sayee sendiri yang belajar kat penang 5 tahun pun tak penah g Teluk Batik. kat sana, kami cuma bercanda di tepi pantai sambil cam-whoring dan buat plan-baik-punyer untuk esok hari.




lepas puas bercanda, kami berjalan-jalan kat kedai jual2 cenderahati. sempat la rembat key chain dan fridge magnet untuk anak2 sedare. rembat tshirt, rembat seluar bunga-bunga. ske ske ske..!!

dari teluk batik, kami terus balik ke swiss garden. teringin nak tgk sunset kat private beach swiss garden ni. bercanda lagi kat tepi pantai tu sambil tunggu matahari terbenam. 




tapi ada adegan yang menyedihkan dan menyakitkan telah berlaku......


masa jalan kat terusan ni, sayee teruja sangat nak tgk matahari terbenam smpi tak perasan ada lumut kat situ. bila pijak, terus jatuh terlentang. sakit oh!! malu pun ada. sbb ada one big group (mungkin attend kursus kat sini) tgh sesi bergambar. seme nmpk sayee terlentang. M.A.L.U.........

dengan pantas abg abdul pujuk sayee ajak duduk kat kerusi bercanda-canda tuh. terus sayaa senyum dalam sakit.


bila matahari dan terbenam, ari pun dah gelap. kami pun balik ke bilik sendiri. kami dinner mcD dalam bilik. dah tapau awal-awal sbb mlm mmg tanak kuar bilik sbb nk rehat sepuas-puasnya sebelom memenatkan diri di pangkor besok hari. sekian untuk episod kali ni. continue in vacation~Day 2 plak nnti.


~~seb baik sayee terniat nak bawak seluar spare. biasenye kalau travel, sayee ske bawak satu jeans je. leh pakai dengan seme baju. tapi rugi jugak. kalau tak bawak suar spare mesti sayee dpt shopping suar baru sbb TERPAKSA kan?? hehehe...



No comments:

Post a Comment

LUAHKAN RASA ANDA DISINI

Related Posts with Thumbnails

ads