30 October 2010

budak 4 tahun berposing sakan!!

sabtu lepas kazen sayee, abgngah adi n his family dtg umah. mmg sangat dinanti2kan kehadiran mereka ni. sbb last time jmpa dengan ammarQudin a.k.a pocoyo adalah pada hari membuat serunding. lama kan? mmg raya sayee langsung x jmpa dengan budak2 ni. mmg rindu tahap max dah. kul 5 lebey dorg smpi umah. kakak n adik baru bgn tdo. mood pelik lagi, lama x jmpa dengan tante kan. tapi x lama, 5 minit je dah start main.

menu arituh adalah, ptg mkn keledek goreng yang sedap dan rangup. home-made tau. hehehhe. minum dengan kopiO oh yummmy. maghrib tu plak, sayee goreng mee. walaupun pedas, tetap dorg mkn bersungguh2. sayee rase sungguh kenyang tgk dorg mkn. abis udang-udang dlm mee dikutip2nya. sampai x cukup dan berebut2.

melihatkan itu, lagi lah rasa bahagia nya kan, tgk dorg mkn bersungguh2. sayee pun ke dapur lagi skali, nak masak nasik plak, mkn dgn along my preggy sister plak. sementara sayee dan mama (kazen's wife) memasak. abg abdul melayan budak 2 orang ni. ayahnye plak main game. hahhaa.

pendekkan citer, layan je la gambar budak 4 tahun ni posing sakan. mama kata mmg dia kuat posing. adik plak dah pandai snap gambar. lagi lah rancaknya berposing kan. hehehhe. (disclaimer: abaikan je lah suasana sepah as the background tu ye, x sempat kemas dorang dah smpi tolong 'kemas', PERFECT)















ini kalau pompuan dah umur 14 tahun atau 24 tahun buat camni, mau perang teluk dibuatnya.. keh keh..





jumpa pulak kat diorang topi sayur sayee dan abg abdul tu. budak kan, topi orang bawak g keje pun dia nak buat main. seme bende permainan je bg diorang kan. sbb tu dorg cute kot kan? hehehhe.

ini lah pengubat hati sayee ketika terasa nak sangat main dengan budak-budak. tgk keletah budak-budak ni lupa penat balik dari keje kan? 

ada lagi sorang budak yang kitorang ske sgt main. nama dia kimi. ada nana kawan sekolah sayee dlu. oh, nana n suami dia adalah photog untuk majlis tunang dan kawen kami dlu. entry lain la plak ye citer pasal nana n nasa n kimi. :D



~~ammarQudin dah semakin byk vocab bole ckp. kalau orang ckp, seme dia ajuk2. amik ujung2. kalau kena marah dengan ayah, terus lari kat belakang mama. takut punye pasal. tapi dia mmg semakin besar semakin cheeky n notty. lawak pun ada budak ni. mmg POCOYO lah!!


No comments:

Post a Comment

LUAHKAN RASA ANDA DISINI

Related Posts with Thumbnails

ads