10 January 2012

2012 ~ ini yang pertama

dah 10hari menjengah ke tahun 2012, baru berkesempatan nak taip satu entry. bukan sebok kat opis, tapi sebok ngn bisnes baru. *winkk..

utk tahun 2011, pencapaian sayee yang paling dibanggakan ialah, "I AM PREGNANT". terlalu gembira dan terharu, doa dimakbulkan olehNya. selain kesah pregnant ni, kami berdua amat berbangga sebab akhirnya berjaya mengambil keputusan untuk cuba menceburi bidang perniagaan. bukan senang nak buat keputusan ni. ye lah, dah biase 'makan gaji' kan. mudah-mudahan rezeki kami murah di sini. tapi, sayee maseh bekerja sepenuh masa. buat masa ni abg abdul yang akan menguruskan segala urusan. sayee tolong sket2 la dlu.

utk tahun 2012 ni, byk yang akan berlaku dalam hidup sayee. april, insyaAllah akan melahirkan. harap semuanya selamat dan dipermudahkan, harap dapat menjadi emak yang baik utk anak kami. harap dimurahkan rezeki utk anak ini. harap kami diberi kekuatan untuk mendidik anak kami ke jalan Allah Yang Maha Esa. 

2012 jugak akan bermula era berjauhan dengan abg abdul. dia di jengka, sayee di kuantan. mungkin jmpa selang sehari atau kalau dia larat, leh ar dia balik kuantan hari-hari. barang baby maseh belom tersedia. nmpk gayenye, online shopping je la sayee. bila abg abdul dah start bukak kedai, mesti susah nak cuti kan. ataupun, shopping sorang la nmpk gayenye.

pembukaan 2012 sayee ada kesah tragis. bermula dengan kesah turun site 29 n 31 dec 2011. lasak sket agaknye. lepas tu ada kenduri kesyukuran sket utk adik bongsu yang dapat 9a utk PMR. pun lasak sket tolong-tolong org. masuk hari pertama kerja di tahun 2012, sakit di bahagian perut. tak penah lagi rase camtu. g jmpa doc, takde ape2 pun. mungkin sebab lasak je. esoknya, melasakkan diri di kuari seharian, maka terjadi lah sedikit 'leaking' pada pagi 5jan. tapi sayee tak sakit pun. pergi klinik, 1st time kena VE. sakit oh! rase nk tendang doc tu. tp alhamdulillah, takde ape yang perlu dirisaukan sangat. balik umah tu, tibe2 plak bleeding. meraung sayee sorang2. perasaan bercampur baur, semenye yang -ve je. seb baik bole bertenang lg. tunggu abg abdul balik, g klinik. tp doc kata takde ape2 jugak. smpi harini, semenye dah ok. takde false contraction, takde bleeding dan takde leaking lg dah. alhamdulillah. cuma dah dekat2 nak masuk 3rd trimester ni, byk kali pulak muntah. selera makan merudum. ape2pun, alhamdulillah baby sayee semakin aktif bermain bola dalam perut mak dia. syukur. setiap tendangan yang membuatkan sayee tersengeh2.

ok lah, next entry sayee sambung kesah aina yang dah hampir mencecah setahun usianya. macam-macam ragam dah dia.

4 comments:

  1. taknak tunjuk gmbr angah yg latest ke with ur baby bump? heheh

    ReplyDelete
  2. hehehe, tu lah. angah pun baru perasan x byk amik gambar posing ngn perut.. haish, kena posing ni nmpk gayenye...

    ReplyDelete
  3. sonok baca update dr angah eheh...jaga diri lek lok la angah, jgn lasak2 lg dah...pray 4 u angah, hope baby n u sentiasa dibawah jagaanNya, selamat semuanya k :)..tk cr tau!

    ReplyDelete
  4. jarang2 dah dpt menaip entry skang ni.. ntah busy ngn ape pun xtau la.. tu yg jarang dah update.. hehe, tq tie. mmg angh x lasak dah.. insaf.. sian kat baby... :D

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA ANDA DISINI

Related Posts with Thumbnails

ads