28 January 2014

perjalanan menyusukan abdullah solleh

dah lama tak menulis kat sini. harini nak share kesah breastfeeding anak sulung sayee tu. org kata kalau dapat menyusukan sampai setahun setengah maknanye mak dia dapat master in breastfeeding kan. maka, dengan ini sayee isytiharkan sayee ada master lah. terima kasih solleh atas kerjasama utk tlg mak dapatkan master ni. Alhamdulillah..


14 april 2012 - 29 oktober 2013


sepanjang menyusukan abdullah solleh ada banyak panca dan roba nye. ini lah pengalaman pertama, dengan kerjaya lagi, dengan perkahwinan jarak jauh lagi, dengan pregnant anak ke2 lagi. tapi alhamdulillah segalanya dah dilalui. syukur sangat.

imbau kembali, sayee penah share dlu solleh ada minum susu tambahan masa di wad. sebab sayee tak dapat rooming in ngn dia. dia kat wad SCN sayee kat wad postnatal. bile dah dapat dok skali, sayee pun ada bg dia minum susu tambahan jugak sebab sayee assume dia tak tdo sbb susu sayee tak cukup mengenyangkan dia. hmmm, sedih mmg sedih. tapi pasrah aje lah..

ingat lagi 16 april 2012 pukul 5am, tu lah kali terakhir dia minum susu tambahan. sayee bg dia fully breastmilk sejak tu smpi lah 27 jun 2013. masa tu dia baru 14mo++. stok susu mmg zero. susu cuma kuar kalau dia direct feeding aje. bila pump mmg takde ldr langsung. maka, sayee redha bekalkan dia fresh milk kat umah pengasuh.

15 july 2013 sayee dapat tau sayee pregnant. mungkin ni lah penyebab susu sayee sangat merudum. sejak pregnant, solleh lebih ske susu botol walaupun sayee ada. malam pun kadang2 sekali je bgn mintak susu. ada masa langsung tak bangun. sejak awal pregnant, mmg ramai yang suh sayee weaning off solleh. biase lah org2 tua kan, x kasi share susu ngn adik. padahal takde masalah pun sebenarnya asalkan mak dia cukup khasiat dan cukup zat utk tampung mak, anak menyusu dan anak dalam perut.

akhirnya, 29 october 2013 tu kali terakhir dia minum susu mak dia. sayee mengamalkan konsep, offer-tak-tapi-bila-dia-mintak-bagi-aje. ada lah beberapa kali sebelom 29 oktober tu dia langsung tak mintak, paling lama smpi 3 hari tak mintak langsung. dok minum susu botol aje. tapi sayee malas nk ingat detik weaning off tu. sayee nak ingat detik terakhir dia minum susu sayee je. sedih smpi nangis tengah2 malam masa tu. sbb rase anak sendiri dah besar sangat dah tak perlukan mak dia lagi dah. abg abdul penah skali tersedar dengar sayee nangis tgh malam. cuak kejap kot dia.

sebagai penutup my breasfeeding journey ni, harapan sayee solleh nak cont minum ebm lepas sayee bersalin nnti. solleh sangat susah nak sesuai dengan susu. kalau minum yg ada lactose, dia cirit birit. kalau minum free lactose dia sebelit sometime. maka, sayee campur2 bg susu dia. bg free lactose tapi kadang2 bg dia minum susu dutch lady kid tu bila dia sembelit. selain itu, sayee nak bg dia ebm sbb susu formula sangat mahal oh. ebm kan free aje. ngeeeee.


ni gambo solleh masa teman mak dia kursus kat ikram.
masa kat sini lah kali terakhir dia minum susu mak dia.
oh-my-solleh.

ni pulak persediaan menyusu anak ke2 nnti
beli storage bottles n storage bags banyak2 sbb ada offer



No comments:

Post a Comment

LUAHKAN RASA ANDA DISINI

Related Posts with Thumbnails

ads