10 November 2014

muffin puding roti

~entry khas. requested by mama aliya amira. hehehe

last month, sayee ada buat puding roti ngn solleh. solleh ni mmg jenis payah mkn. mmg mencabar jadi mak dia. kena memerah otak nak pk menu utk dia. paling payah makan nasi. berperang! kena cari betul2 lauk yang sesuai dengan tekak dia baru nak mkn. pastu mudah jemu plak tu.

penah sayee baca tips seorang ibu yang ada anak picky eater. dia ckp try ajak anak tu prepare food dia sendiri. supaya dia ada rase nak mkn, ye lah dia yang masak konon2nye kan. satu hari yang hening, abg abdul balik keje lmbt. sayee terpikir nak buat puding roti utk solleh. sbb kebetulan ada kismis nenek dia bagi masa balik gelanggi arituh. 

sayee pun ajak dia ke dapur. "solleh, jom masak ngn mak nak tak?" "aleh masak? nak! yay!" dengan gembira dia berlari g dapur. adik ikut kat belakang, naik walker dia. hehe

resipi asal ada kat sini, sayee ubah buh dlm muffin tin nak suh cepat masak. hehe.

1. mula2 sayee buh roti dalam muffin tin tu. bagi muat2 masuk. kalau rajin, gelek2 sket bagi roti tu penyek. pastu suh solleh curah susu. kita monitor jgn bg tumpah je lah. buh susu smpi tenggelam roti je.

2. gaul 4sb gula+4sb butter (sayee guna marjerin sbb malas nak tggu butter lembut). tambah 1sb esen vanilla dan 2biji telur. last skali buh tepung jadung 2sb (sayee guna tepung gandum sbb tak perasan tepung jagung dah abis). step ke2 ni seme solleh yang gaul. sayee bubuh itu bubuh ini je. dapur mmg berkecah abis ngn tepung telur bagai tapi takpe lah. janji dia mkn.

3. curah adunan tadi atas roti berendam susu tadi. agak2 je byk mane utk setiap lubang tu. tapi sayee buat 6 ketul, elok2 cukup je adunan ni.

4. tabur kismis. ni mmg solleh yang buat lah. ske btul dia.

5. bakar suhu 180. masa plak agak2 lah. tgk kulit roti mcm garing tu kira masak lah. sayee bakar dalam 15minit haritu.


solleh menabur kismis

6 ketul muffin puding roti

sayee makan dengan choc syrup.
resipi ni versi kurang manis.
kalau rajin, buat kuah dia. susu cair+gula masak atas api smpi pekat.
makan dengan aiskrim vanilla pun sedap ni!
nyummmm!

nak tau solleh mkn byk mane? seketul je utk dinner dia mlm tu. kenyang kot. ada roti ada telur. hehehe.




2 comments:

  1. best..best..boleh cuba buat dgn aliya ni.dia pun picky eater jugak.pengsan nak pikir menu apa yg dia suka.huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaklong, nti dah buat sila post entry bergambar k.. hehe

      Delete

LUAHKAN RASA ANDA DISINI

Related Posts with Thumbnails

ads