25 March 2015

marah anak

topik ni sensitif sebenarnye utk ibu bapa muda (dan tak berapa muda jugak). sayee? kategori ibu bapa muda la jugak. bukan dikira dengan umur sayee, tapi dikira dengan tempoh menjadi ibu bapa. ye lah, anak sulung baru menjangkau 3tahun je pun. sayee plak dah 3series. (eceh, nak jugak guna istilah bmw dah kenapa?)

ok, berbalik pada topik. perenggan pertama dan merepek berbaris2 lari dari topik ish ish. sebelom jadi mak budak, sayee ske (sgt ske sebenarnye) baca blog parenting, breastfeeding, early education dll. ntah, naluri lepas kawen mmg nak anak je pk. :) dr ape yang sayee baca ni, sayee dah nekad kalau ada anak sayee taknak marah2 anak tak tentu pasal. nak ajar anak hormat ibu bapa dan dlm masa yang sama nak jadi bff ngn anak. gtu. sayee dibesarkan dengan mak abah yang garang. mmg tak de lah nak bff ngn mak abah. tapi sayee tak kata cara tu salah. kami adik beradik elok je jadi orang. dapat sambung belajar mcm org lain jugak. elok je hormat org tua ape bagai. cuma, ada satu ketika dlu sayee penah jadi rebel. sayee taknak anak2 sayee jadi rebel. sbb tu sayee nekad nak besarkan anak dgn kasih sayang (again, tak kata mak abah sayee garang tu tak bg kasih sayang ok).

tapi...........

sayee sgt garang dengan anak sedare dan kazen sayee yg kecik2 esp yang tgh meningkat remaja. dorg ni perangai sengsorang aduhai, mengundang btul lah. ditambah lagi bila tgk mak ayah dorg sendiri tak marah. teringat sayee dlu masa kecik takde lah nak buat perangai mcm dorg ni buat. mesti kena marah on the spot. takde tempoh bertenang pun. masa tu buat salah, masa tu jugak kena marah. wpun kat tmpt awam atau umah sedare mare atau depan org ramai. sumpah malu weh kalau kena marah depan org lain. jatuh giler ego dan air muka ni.

budak2 zaman sekarang, dengan gajet non stop langsung tak ke dapur gotong royong hari raya. bikin panas hati btul la.

maka, ape yang cuba disampaikan ialah; sayee tak marah kalau org lain marah anak sayee asalkan kena cara dan dia mmg buat salah. sayee bukan jenis nak terasa kalau org lain marah anak sayee utk menegur atau mengajar. dan sayee harap sgt2 adik beradik/ipar sayee pun pk mcm sayee pk.

sedikit perkongsian;

solleh ni, dia punye rapat dengan abg abdul mmg tahap tak reti nak ckp lah. bile dah rapat sgt, dia kdg2 sengaje buat perangai. mungkin dia rase dia nak bermanja kot bila buat perangai. most of the time, abg abdul sabar dan layan kerenah dia. tapi, kdg2 ada jugak dia tersasar. sabar tu ilang ntah ke mana. so, bile keadaan jadi cmni, sayee akan usir abg abdul dr situasi tu dan jadi mak yang paling penyayang di dunia lah kiranye untuk pulihkan semula keadaan tegang solleh tadi. usir tu bukan nak marah sbb abg abdul marah anak, cuma sayee seboleh mungkin taknak guna kekerasan dengan anak2. kalau abg abdul marah, sayee sejukkan anak. ada masa, sayee pun marah dan tika tu abg abdul perlu amik alih tugas jadi aircond lah plak. aircond ni kena lah explain, ape solleh buat tu salah so mak/abah akan marah. lain kali jgn buat. bla bla bla gtu lah.

penah sayee borak dengan abg abdul bile dia marah anak.

me: kite dok ngn anak beberapa jam je. masa dia berjaga lebih byk dengan pengasuh/cikgu. dengan mak/abah yg lama time tdo je. takkan kite nak bg dia memori yang tak elok je kan.

him: biase time marah tu tak leh tahan, dah marah mmg nyesal.

mmg takde org nyesal dahulu kan. itu lumrah alam. kdg tu sayee rase nak jadi tamak sorg2, sayee je bole marah anak sayee je bole ajar anak tegur anak. bile org lain marah (abg abdul inc), sayee mesti rase sedih pedih. ibarat cubit peha kiri anak, peha kanan mak yang sakit. gtu. tapi kena betulkan semula pemikiran ni. sbb sayee marah anak sedare/kazen tujuan utk mengajar kan, so org lain marah anak sayee pun sbb nak ajar lah. takpe, nti malam mak peluk anak2 mak ok. arkkk? apekah?? hahahhhaha

sebagai penutup, sayee hadiahkan sedikit gambar2. hehhe.

abg abdul dan siddiq. main kt playground dpn umah.

solleh baru balik skul.

evening walk dengan mak.

mkn bersuap dengan aki/abah sayee yg garang tu. hehehe.

abg abdul dan solleh kat playground dpn umah.



No comments:

Post a Comment

LUAHKAN RASA ANDA DISINI

Related Posts with Thumbnails

ads