29 July 2015

alahai lazada..

jap, meh sini nak citer. kesah sayee dan lazada. haaaa, jgn taktau sayee dah genap setahun tak membeli diaper anak2 kat pasaraya sbb lazada 'bekalkan'. bukan free, sayee bayo. sbnrnye, ada lah jugak beli kat pasaraya, bukan takda langsung. tapi bekalan utama adalah dari lazada. kalau jmpa yang murah2 sgt2 kat pasaraya baru la sayee amik satu atau dua cmtu. stok kat umah mmg bertingkat2. bile murah je sayee rembat. walaupun byk lagi stok kat umah nun. hehehe.

sayee start beli ngn lazada july14, ni dah july15. sbb tu sayee ckp genap setahun. dah memacam sayee try beli ngn lazada ni. serious mmg memacam. susu anak, diaper anak, botol air masak anak, car seat, blender, power bank pun penah. yang paling sayee puas hati beli pediasure vanilla 1.6kg sekotak ada 6 tin. haaaa, ske ok. dah la murah masa tu, ada 10% diskaun lagi. mak aiiii, syoikkkk ok.

car seat tu pun, sangat lah puas hati. even tambah dengan bulky fees pun masih lagi murah banding dengan kat pasaraya yang sayee jumpa. seronok, kan?

dlm bulan puasa haritu, sayee ada beli bread maker. dah lama sangat teringin, akhirnya dapat jugak. tapi kakak sayee yang bayo. sayee tau guna je. ekekekke.

so, brape total yg sayee dah labur kat lazada? jeng jeng jeng.. 3k++ hahahaha. tapi kebanyakkannya mmg ada diskaun, n ada baucer. berbaloi lah.

ni baby bullet sayee beli di awal2 penglibatan dengan lazada. 
tapi tak penah bg review. mmg senang masa siddiq mkn bubur dlu. 
sap sap soi je nak bawak g mane2 senang. 
nk blend sket ke byk ke, pilih je. sangat senang dan memudahkan. 





No comments:

Post a Comment

LUAHKAN RASA ANDA DISINI

Related Posts with Thumbnails

ads