19 January 2016

breastfeeding journey with siddiq ~ part 2

Abdullah siddiq anak bertuah sgt manja suka berdokong kuat merajuk
alhamdulillah..

dah dapat my 2nd master in breastfeeding. siddiq dah genap setahun 10 bulan 10 hari semasa mula-mula campur dengan susu formula. stok yang terkumpul mmg dah habis. kali terakhir saya cairkan ebm untuk siddiq ialah di pagi 13jan yg hening. nak aje saya ambil gambar masa tu, tapi kekangan masa la plak. lagipun, biarlah kenangan tu tersimpan dalam memori indah saya di pagi hari je, kalau ada gambar kang terasa nak share pulak. bila share menjadi viral pulak. golongan mak-mak yg OBSES dengan susu ibu semakin dibenci pula kebelakangan ni. ok, cukup dengan ayat-ayat negatif. kita kembali kepada mood ceria dengan cerita susu ibu. (nampak sangat aku lah mak yang OBSES itu). ;)
beberapa hari sebelum stok susu habis, saya mmg ada bagi siddiq minum susu formula. penah bg pediasure (solleh punye) dan jugak dugro. sebenarnya nak buat ujian samada siddiq ni boleh minum susu biasa (bukan susu tanpa laktosa tu). macam solleh, dia kena minum susu tanpa laktosa. kalau minum susu lain, dia nanti be.rak banyak kali dan najis dia agak cair lembik. pernah bagi solleh anmum, lactogen, dutch lady, nan. semuanya be.rak tak cantik. macam kesian plak dia be.rak banyak kali. mmg tak merengek sakit perut pun. tapi mesti ada sebab dia be.rak banyak kali dan cair camtu kan.

berbalik kepada cerita siddiq tadi, mmg najis dia pun tak seperti biasa masa minum dugro tapi bila bagi pediasure dia ok. maka, kami berdua buat keputusan nak bagi je siddiq susu yang sama dengan solleh iaitu pediasure. ya, mmg agak drastik la perubahan $$ daripada susu free kepada susu mahal. tapi apakan daya. mungkin nanti dah besar sket nak bagi susu mamex (susu soya yg solleh pernah minum dlu). buat masa ni, malas nak peningkan kepala.

tapi, perjalanan menyusukan siddiq belum berhenti sebab dia masih df dengan saya. cuma ketika di taska je dia minum susu pediasure. kesimpulan yang dapat disimpulkan dari perjalanan bersama siddiq kali ni, ya saya mmg semakin bersedia. mental dan fizikal. ketika susu sesekali merudum, saya masih boleh bergembira sahaja sebab stok saya mmg banyak untuk siddiq. selepas saya stop mengepam dia pejabat (kali terakhir pam ialah 28may2015), stok bertahan sehingga 13jan2016. berpindah randah stok susu siddiq. dari jengka ke kuantan, ke bukit goh (semasa banjir 2014), pastu ke jengka semula. turun naik lori/kereta susu tu. lejen sungguh! hahahaha.

sistem yang sama akan digunakan untuk anak ke3 nanti (jika saya belum menjadi WAHM lah). perlu jugak ditingkatkan lagi supaya stok lebih banyak. ya lah, mungkin masa menyusukan anak ke3 nnti, umur saya dah 34 tahun. hormon berbeza, keadaan berbeza dan bilangan anak berbeza pun pasti tugasan menjadi mak semakin mencabar kan. apa2pun, saya sudah teramat berbahagia dan berbangga di atas pencapaian menyusukan siddiq kali ni. semoga dapat df sehingga dia genap 2 tahun dan semoga proses weaning nnti akan semudah macam solleh dlu. insyaAllah.

saya nak kongsikan beberapa tips agak berguna untuk bf mom yang lain. antaranya;
~ bekal ke pejabat cuma 2 botol sahaja untuk guna semasa pam, lepas tu salin terus dalam storage bags. ini akan menjimatkan penggunaan botol, jimatkan ruang dalam peti, dan jimatkan ruang dalam cooling bag yang dibawa ke pejabat setiap hari.
~ bag yang 2 compartments tu agak penting. satu untuk letak ice pack dan ebm dalam storage bags. satu lagi untuk letak pam dan aksesori dan jugak botol tadi.
~ untuk jimatkan masa, botol dan pam berserta aksesori tadi tak perlu di basuh pun, cuma pastikan ia di dalam cooling bags supaya tiada bakteria membiak. balik rumah nnti, hanya perlu basuh pam dan aksesori dan jugak 2 botol tadi. ebm dalam storage bags boleh terus masuk freezer tanpa perlu disejukkan dalam chiller terlebih dahulu. ini kerana ebm tersebut telah pun sejuk semasa di dalam ice pack.
~ jadual mengepam yg saya gunakan adalah sangat membantu. nanti saya kongsikan jadual tersebut.
~ sentiasa minum air yang banyak. jangan stress. walau berapa oz skali pun yang dihasilkan dalam tetiap sesi, sentiasa bersyukur.
~ makan kerap. tapi saya makan banyak, sbb tu saya gemok. sejak stop pam, bertambah2 gemok badan ni. dah macam kerbau abah saya ckp. grrrrr.

mungkin ini sahaja buat masa ni. kalau ada lagi, nnti saya edit atau buat entry yang lain pula.






No comments:

Post a Comment

LUAHKAN RASA ANDA DISINI

Related Posts with Thumbnails

ads